Tuesday, January 18, 2011

Cinta, Mujahadah dan Perkahwinan

Cinta, Mujahadah dan Perkahwinan

“Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya. Bahawa cinta dan rumahtangga kita indah semuanya. Tidak akan diuji sedemikian rupa. Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu. Biar pun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika. Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati. Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan. Sebelum anda dibius cinta…soallah diri sejauh mana anda bersedia?”

“Terimalah rumahtangga sebagai sebuah medan perjuangan. Penyertaan kita ke dalamnya dengan segala kelengkapan, bukanlah jaminan kepada kemenangan. Kita tidak tahu apakah bentuk musuh yang bakal menyerang, tidak pasti bagaimanakah peritnya pertempuran yang bakal melanda. Namun sekurang-kurangnya dengan persediaan yang baik di sebuah permulaan, doa kita kepadaNya tidak palsu kerana ia dilafaz selepas usaha. Sesungguhnya permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya sebuah permulaan…”Ya Allah, semaikan kami dengan ikhlasnya cinta. Marilah kita bersama dalam meraih cinta dan redhaNya!

No comments:

Post a Comment